Aug
31

Sifat Sebenar Kemerdekaan

By azri · Comments (0)

“Tanpa sebarang belas kasihan, setiap anggota tentera Jepun yang lalu disebelah Leftenan Adnan telah bertindak menikam tubuhnya dengan bayonet berulang kali. Namun, apa yang paling menyayat hati Koperal Yaakob ialah, tidak kedengaran sepatah kata pun yang keluar daripada mulut Leftenan Adnan ketika beliau ditikam sekalipun. Malahan Koperal Yaakob menyaksikan Leftenan Adnan merenung tajam setiap mata tentera Jepun yang menikamnya sehinggalah beliau terdiam kaku”

Penceritaan semula oleh Koperal Yaakob (terselamat)

Categories : My self
Comments (0)

Kali ini tazkirah di petik dari penceramah jemputan yang dulunya adalah penganut agama Kristian dan antara ahli terpenting dalam gerakan Anglican.

Di kalangan orang Melayu yang berbangsa Islam kini, Islam nya mereka hanya untuk diri sendiri dan keluarga, tiada lagi komitmen untuk mengajak orang lain atau yang bukan beragama Islam mengenali serta menghayati agama Allah ini.

Dalam surah Al-’Asr, Allah berfirman ‘Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman DAN beramal soleh DAN berpesan kepada kebenaran DAN berpesan pada kesabaran’.

Ayat ini dikupas dengan begitu berlainan sekali. Masa itu sebenarnya adalah ciptaan Allah, apabila tiada lagi masa pada hari kiamat kelak, maka kekal lah Jin dan Manusia di dalam Syurga atau Neraka selamanya abadi, tiada lagi masa yang berlalu atau akan datang. Masa itu sesuatu yang berharga kerana ia juga adalah sebahagian hidup kita.

Manusia itu awal ciptaan nya sudah rugi, bukan awalnya untung tetapi akan beruntung apabila ianya beriman DAN beramal DAN berpesan pada kebenaran, iaitu kebenaran yang utama, ‘La ilaha illalah’ – tiada tuhan selain Allah DAN berpesan pada Kesabaran iaitu konsisten dan bersabar dalam menegakkan dan menyebarkan Islam. Penekanan pada perkatan DAN menegaskan semuanya perlu hadir bersama.

Menjadi tanngungjawab setiap orang Islam untuk melaksanakan, menghidup dan menyebarkan agama Islam. Dan ia adalah tugas sepanjang masa. Bukan setakat habis waktu pejabat atau ketika di majlis agama.

Apa yang berlaku kini apabila seseorang yang mahu memeluk Islam, telah dilayan dingin oleh sesetengah pihak. Kadang-kadang sehingga mereka dipaksa balik ke rumah dan disuruh berfikir 10 kali sebelum memeluk Islam oleh pegawai pejabat agama. Kadang-kadang juga halangan yang ditempuhi tidak masuk akal, contohnya kerana tidak membawa 4 keping gambar ukuran passport sehingga terpaksa datang esoknya, ada juga kerana waktu pejabat sudah hampir habis, disuruh juga datang esoknya oleh Pegawai bertugas. Masyallah.

Malang dan lebih menyedihkan lagi bila ada yang sudah datang ke pejabat agama dan kerana sudah lewat dipaksa datang esoknya. Ditakdirkan hamba Allah ini tadi dalam perjalanan pulang telah berlanggar dengan lori, lalu meninggal dunia tanpa sempat mengucap, berpunca kerana Pegawai agama mahu cepat pulang ke rumah dan tidak mahu mengislamkan hamba Allah yang malang ini.

Ini adalah kisah benar dan sebagai bekas penganut Kristian/Muallaf, beliau lebih memahami akan situasi ini dan keadaan-keadaan saudara baru yang telah dilayan dingin oleh pejabat-pejabat agama Islam. Sehingga dikisahkan ada suri rumah yang memeluk Islam meminta pandangan Pegawai pejabat agama mengenai rumahtangga nya kerana suami nya yang belum Islam melayan nya dengan begitu teruk. Suri rumah ini dimarahi dan disuruh taat pada suami (sudah tentu perkara ini sudah tidak tertanggung lagi, sehingga dia mengambil keputusan untuk melaporkan pada pejabat agama) oleh Pegawai di pejabat agama. Akhirnya wanita ini mengadu pada Paderi lama nya (ketika beliau Kristian) dan anda boleh bayangkan layanan pihak gereja dengan layanan pejabat agama.

Bukanlah semua pejabat-pejabat agama sebegini dan fokusnya adalah untuk setiap individu Islam dan individu yang diberi tanggungjawab. Bukan semua namun di zaman ini, majoriti nya begini.

Marilah bersama-sama berkongsi keislaman kita dan berkomitmen untuk menegak dan menyebarkan agama Islam ini, tak kira di mana, bila, bagaimana, sepanjang masa, sepanjang hayat.

Posted by Wordmobi

Categories : My self
Comments (0)

Ramai juga orang yang penuh komitmen berpuasa namun tidak menjaga solat fardu nya. Orang begini hanya medapat lapar dan dahaga. Jika yang wajib kita tinggalkan, maka tiada lain pengisian yang akan dilakukan dalam bulan yang mulia ni. Peliharalah solat kita di samping berpuasa.

Kita sudah pun tiba di pertengahan Ramadan dan apabila melihat bulan, sudah mengambang penuh. Kepada yang baru mendapat semangat, terdapat 3 aksesori utama yang baik disertakan bersama puasa di dalam bulan Ramadan iaitu:

1. Solat sunat – di sini terletak nya kelebihan solat sunat tarawih, di mana ia hanya didapati pada bulan Ramadan. Perbanyakan lah solat sunat terawih dan yang lain.
2. Membaca Al-Quran – pahala membaca Al-Quran di bulan Ramadan amat besar, Al-Quran juga diturunkan pada bulan ini iaitu 17 Ramadan atau hari menyambut Nuzul Quran. Bacalah walau sebaris ayat, tak mampu baca maka dengar dan ikuti lah bacaan nya pada pemain mp3.
3. Bersedekah – diriwayatkan Rasulullah bersabda ‘Bersedekah lah walau hanya dengan sebiji tamar’. Bersedekah lah pada sesiapa sahaja yang kita kehendaki, pada jiran, adik-beradik, kawan, OKU, fakir miskin dan masjid serta surau. Pada bulan ini bersedekah lah hatta dengan nilai yang kecil. 10 sen pun jadi lah, kerana ianya penuh berkat.

3 aksesori di atas adalah perhiasan puasa kita, selain menahan hawa nafsu, perkataan dan perbuatan tidak baik. Ganjaran nya amat besar, tidak perlu Ustaz memberitahu ganjaran nya. Diri kita sendiri mampu merasa sagala kebaikan nya.

Nampak mudah dan sebenarnya melaksanakan juga mudah. Mungkin kita selalu melakukannya, namun di bulan yang mulia ini perbanyakkan lah.

Selain itu, akan tiba malam Lailatul Qadar di mana kebaikan dan ganjaran nya bersamaan 1000 bulan. Sudah hampir tiba 10 malam terakhir Ramadan, selalulah melakukan sembahyang malam dan kini banyak masjid menjalankan aktiviti Qiamullai dan bersahur di masjid.

Saya berpesan pada diri sendiri dan pengunjung.

Posted by Wordmobi

Categories : My self
Comments (0)

Dewasa ini sering saya temui petikan-petikan blog atau posting pada facebook yang membuta tuli memetik akan kesalahan amalan-amalan dan maksud ayat Al-Quran yang mana pada mereka bukan saranan Al-Quran atau Hadis Nabi.

Situasi ini amat mebimbangkan kerana maklumat ini sudah terbuka kepada sesiapa sahaja (forum, facebook, blog dan email) takut yang cetek ilmunya mudah dipengaruhi.

Antara amalan yang dikatakan salah adalah majlis tahlil, waktu imsak dan firman Allah berkaitan selawat ke atas nabi.

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W contohnya, pembetulan dibuat pada maksud ’shollu’ yang lebih tepat adalah ‘memohon rahmat’ bukannya salawat. Jadi jika makna penuh ayat 33:56 dari surah Al-Ahzab ‘ Sesungguhnya Allah dan Para Malaikat ‘melimpahkan rahmat’ ke atas Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang yang beriman ‘bermohon rahmatlah’ kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan sepenuhnya’. memang benar maksudnya bermohon rahmat namun apakah ia?. Di sini lah letak kebijaksanaan dan penghayatan Ulama silam kerana rahsianya jika kita mengamal salawat setiap kali selepas sembahyang dan sebelum tidur, akan tiba suatu masa dalam hidup kita, akan ketemu jua lelaki yang cantik fizikalnya, bercahaya wajahnya, Nabi yang kita cintai. Insyallah.

Begitu juga halnya dengan waktu imsak, rujukan diambil terus dari Al-Quran, Hadis dan Sunnah Rasulullah. Tiada satu pun menyebut tentang waktu imsak kepada yang tidak mahu berfikir. Ia kemudian telah digariskan oleh Imam Syafie dan ianya merupakan suatu kaedah yang paling praktikal dan cantik. Bayangkan berhenti bersahur sepuluh minit (masanya bersamaan 50 ayat Al-Quran dibaca dalam tempo sederhana) sebelum azan subuh, menyediakan diri (mandi, gosok gigi dan bersedia ke masjid atau bentang sejadah) untuk solat dan seterusnya berpuasa. Berbanding makan dengan gelojoh 1 minit sebelum azan Subuh dan masih mengosok perut takala orang sudah sembahyang subuh. Manakan sama di zaman Rasulullah dulu bersahur di Masjid dan kita yang bersenang sahur di rumah?

Sudah lama orang mempertikai tentang majlis tahlil. Saya masih tiada jawapan untuk ini kerana belum habis belajar, namun seperti kata Drs. Hamat pada kami pada satu ketika dulu (satu-satunya Pensyarah yang memegang modul keusahawanan Islam), Orang begini tak habis belajar. (Sehingga di Shah Alam terdapat 2 Surau dalam satu kawasan kerana golongan ini)

Seperti posting saya pada dinding Facebook ‘Manakan sama Ustaz yang seawal kecilnya belajar di Pakistan atau pondok-pondok sehingga naik kematu punggungnya (kerana duduk di lantai terlalu lama) dengan seorang anak manja yang mendapat degree agama di Universiti. Jangan mudah menyalahkan atau mengutuk amalan yang diamalkan orang lain. Jika tak tahu dan nak tahu belajar dulu…’ kerana ilmu Allah maha luas, belum lagi kita bicara tentang makrifat dengan puluh ribuan zikir nya, aurad dan sebagainya. Namun sekarang apa yang terjadi adalah kutukan dan menyalahkan amalan serta pemahaman itu dulu.

Sudah dipersetujui sumber rujukan hukum agama adalah Al-Quran, Sunnah Nabi serta Ijma’ dan Qias (di mana masih bersandar kan Al-Quran dan Sunnah). Peliknya makin ramai yang dengan senang hati mempersoalkan sesuatu perkara/hukum di ruang cyber dengan cara terbuka atas dasar menghormati pandangan dan kebebasan bersuara. Malang lagi mereka seperti kebanyakan orang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang masih cetek.

Saya juga ada selidiki, bahawa fahaman Wahabi ini sudah lama. Mulai dari peperangan di Mekah (dengan ribuan buku-buku agama di bakar) dan terus berkembang perlahan sehingga hampir kesemua pemimpin di Arab Saudi adalah Wahabi kini. Seterusnya perkembangan nya di Indonesia dengan ideologi kebebasan beragamanya dan sekarang menular laju di Malaysia. Bahaya nya, semakin lama ia semakin berkembang dengan ribuan penuntut-penuntut jurusan agama yang semakin cerdik dan glamor.

Namun wahabi ini tiada semangat sebenarnya kerana jiwa nya kecil dan akan ada semakin banyak persengketaan agama, kaum berlaku kerana mereka lebih loyar buruk dengan penekanan pada perkara kecil (seperti mana jiwanya).

Kucing pun tahu orang yang berwirid selepas sembahyang adalah 1000 kali lebih baik dari melepak di luar surau sambil menghisap rokok.

Posted by Wordmobi

Categories : My self
Comments (0)
Aug
17

Mudah Belajar Al-Quran

By azri · Comments (0)

Ada sedikit maklumat dan tips yang ingin saya kongsikan bersama pengunjung. Selama ini sedari kecil lagi kita telah belajar membaca Muqaddam dan Al-Quran serta belajar menulis jawi. Cuma masih belum dapat memahami akan maksud setiap perkataan dalam Al-Quran itu. Sepatutnya orang Melayu kebanyakan mampu menguasai 3 bahasa (BM, BI dan Arab). Seperti bangsa lain di Malaysia mereka sedari kecil telah dapat menguasai 3 bahasa (bahasa Ibunda mereka, BM dan BI). Apa yang hilang pada kita adalah pertuturan dan pemahaman bahasa Arab (bacaan dan penulisan sudah dipelajari). Dalam erti kata lain, hanya tinggal satu ’step’ sahaja lagi.

Baik kiranya jika sebelum itu, kita mulakan dengan Bismillah.

Sesungguhnya Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran. Maka adakah terdapat orang yang mahu mengambil pengajaran (daripadanya)? – Maksud ayat 17, 22, 32 dan 40 pada Surah 54 – Al-Qamar.

Walaupun terdapat berbilang tafsiran untuk ayat di atas, namun ianya merujuk kepada betapa Al-Quran itu sudah dijadikan mudah untuk dibaca, difahami dan dipelajari. Cuma terpulang pada kita untuk mempelajari nya.

Perkataan di dalam Al-Quran

Mengikut kajian popular, terdapat lebih kurang 80,000 perkataan dalam Al-Quran dan setelah ditolak perkataan yang berulang hanya 2,000 perkataan yang berlainan.

Bayangkan jika kita dapat mengingati 10 perkataan sehari, insyallah maka dalam masa 7 bulan (kurang setahun) kita sudah memahami semua perkataan di dalam Al-Quran dan semakin masa beredar semakin jauhari (bijaksana) lah kita. Mudah-mudahan.

Tools

Kini segalanya telah lebih mudah jika kita mempunyai kelengkapan yang cukup dan baik. Saya mengesyorkan kelengkapan di bawah yang perlu ada untuk anda yang benar-benar mahu memahami malah hafal Al-Quran.

1. Al-Quran Per Kata seperti di dalam posting saya sebelum ini di sini - Ianya rujukan lengkap dan padat, namun agak sukar untuk di bawa kemana sahaja memandangkan saiznya yang besar dan harganya.

2. Kamus Al-Quran pertama dalam Bahasa Melayu daripada www.bookcafe.com.my (Kedai buku online PTS) – Produk ini masih belum saya miliki, namun dapat dibayangkan ianya seperti kamus juga, mudah dibawa dan lengkap.

3. Mobile Quran – word for word daripada Guided Ways (Di dalam bahasa Inggeris) – Perisian untuk telefon, mobiliti dan kepantasan adalah ciri utamanya dan datang dengan harga Pound Sterling $20.


Selain itu juga terdapat banyak rujukan di internet jika kita dapat mencarinya dan hampir kesemuanya di dalam bahasa Ingggeris.

Sedikit pesanan, tiada alasan sebenarnya untuk tidak mempelajari, sebelum ini saya juga bayangkan betapa sukar dan cemas mempelajari Al-Quran. Allah Maha Kuasa dan bila pintu hati dibuka, segalanya jelas dan lancar.

Sekarang ini pun sudah banyak kelas Al-Quran untuk orang dewasa di Kuala Lumpur, dengan gurunya yang berkelayakan, cuma 2 kali seminggu masa perlu kita luangkan untuk hadir kelas malam atau siang. Tujuannya untuk pertajamkan lagi penguasaan kita, insyallah saya juga akan mendaftar tidak lama lagi.

Sampai di sini, sedikit petikan dari youtube dan Al-Quran.

Allah menegaskan: Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam kitab (al-Quran) ini. (al-An’am: 38)

Categories : My self
Comments (0)

Penafian

Pihak azri.me tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kerugian dan kegagalan ke atas apa jua yang dihadapi pengunjung-pengunjung laman web ini yang membaca atau mengguna pakai maklumat-maklumat yang terdapat di dalamnya. Sekian.